FuzzWellness telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 6 April 2014. Merupakan hasil daripada pemikiran kreatif dan semangat daya saing bumiputra yang tinggi dalam bidang kesihatan umumnya. Hazam Yahya yang merupakan salah satu daripada pemilik FuzzWellness merupakan pengasas kepada idea ini dan atas penuh rasa bertanggungjawab untuk berkongsi maklumat dalam bidang kesihatan inilah, terlahirnya FuzzWellness.

FuzzWellness ditubuhkan secara umumnya untuk berkongsi maklumat mengenai kesihatan kepada orang ramai dan khususnya untuk memberi perkhidmatan yang telus, dengan kos yang sangat berpatutan. FuzzWellness juga berperanan sebagai pengedar produk kesihatan sebagai makanan tambahan untuk kesihatan. Selain itu, FuzzWellness juga menawarkan tempat untuk kegunaan latihan, seminar, kursus, mahupun mesyuarat dengan bayaran sewa yang murah dan berpatutan kepada orang ramai.

Atas dasar rasa tanggungjawab dan penuh kesedaran terhadap kos yang tinggi dan semakin meningkat dalam memastikan kesihatan kita terjamin, masa kini, Hazam Yahya memilih bidang ini untuk memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada masyarakat umumnya. Bidang ini juga berpotensi dan berdaya saing yang tinggi pada masa akan datang memandangkan bidang kesihatan merupakan bidang yang paling penting dalam kehidupan kita.

Dengan mendapatkan laporan awal kesihatan ini, secara tidak langsung FuzzWellness dapat membantu masyarakat dalam memastikan pengesanan awal penyakit dapat dilakukan. Ini seterusnya membantu masyarakat dalam menyiapkan diri dan keluarga dari segi ekonomi dan sosio emosi.


  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube